Sunday, August 23, 2009

aktiviti 1st day puasa

Aktiviti 1st day puasa ritu..ari sabtu la ni..hari cuti..aku p lepaking kat ofis laling aku..dalam kul 10 kitaorg dh smpi..azhar ni bz je memanjang..kalu xp meeting die p ofis wat keje..aku pun mls nk dok umah sorang2..baik aku ikut n kacau pe yang patut kn..hehe..bila dh nama nye pengacau kn..

ni la ofis azhar yang bersepah..aku msk je ofis ni..oooo..byk nye sampah masyarakat..kaum adam ni mmg pemalas sesgt..aku pun wat2 la rajin aku pun cube la kemas mane yang ptt..cuci drawer..lap meja n last skali sapu smph..oooo..penat la plak aku rs..mklum la puasa kn..azhar x tlg pun kemas2 ni..die ckp bukan keje die..so aku wat sorang2 la..pas sapu smph tu..aku tetiba je terasa sleepy sgt..mule2 aku igt nk study..aku kalu study kene baring..baru msuk..aku suruh azhar hampar tikar..baru aku leh study ngn baik..hehe..

ni la tempat aku study tu..smbil aku study..tetiba je mata aku trus menjadi gelap..xsmpi 5 minit aku study..rupe2nya aku dh tido...bila aku bangun je..azhar ajak blik..die siap sindir aku lg..kalu nk tido baik xpayah teman die p ofis...ooo terasa pedih dihati ini..tp aku happy..sb dpt buat perkara yang paling enak dlm hidup..TIDUR...lebih kurang kul 3.30 pm kami pun blik umah..sebelum blik singgah mydin..beli barang2 dapur..
gambar ni aku ambik dr ofis azhar..belakang tu pantai batu buruk..

k sekian....


Kurma

Aku xtau knp...aku kurang gemar n minat akan kurma..aku mmg pyh nk mkn kurma..kalu bagi aku sebiji kurma tu..xkn aku mkn abis..kalu aku mkn pun aku mkn kulit je..isi aku xmkn..aku rs rugi dengan kekurangan diri ini..sb xdpt menikmati kurma tersebut..sop..sop..

Baru2 ni sebelum bos aku p umrah..die ade kasi aku sebungkus kurma bertangkai..kurma tersebut die kasi suruh aku mkn berbuke..tp aku xmkn2..bos aku beli kurma ni dekat 'sabasun' aku guess sb tgk dr plastik pembungkus ni..sabasun..harge murah sokmo..

Sabasun ni hyperuncit kat ganu ni..famous gk kat ganu ni..sb org2 ganu kalu tny je..slalu p beli barang kat ne..mesti jwb sabasun or mydin..harge lak muroh sokmo kan..tu famous kut..aku baru 3 kali p sabasun ni..xbest la...hehe..

ni lah kurma yang di kasi bos pada aku..terima kasih cik usop..nnt2 bagi lagi..xmau kurma dh..nk benda lain lak..pizza ke..ok gk..


bahtera ayah man..


Entry kali ni aku nk promote satu restoran ni.."Bahtera Ayah Man" kat area kemaman xsalah aku la..restoran ni unik skit sebab ada replika kapal..aku xtau la sedap ke x masakan die..aku terpengaruh ngn laling aku ni..die ckp sini bahtera ayah man..sedap2 sume..aku pun..drop la kat restoran ni..n mencube makanan kat sini..



aku sebenarnya order nasi n tomyam n telus bungkus n sayur pe tah..tp aku xsnap la gmbr2 mknan tu..aku snap kerang bakar ni je..kerang bakar ni menu terakhir kami..kira pencuci mulut la ni..hehe..jika anda terjalan2 di terengganu..jgn lupe singgah di "bahtera ayah man"..jom jln2 terengganu...

sepetang menunggu twilight

Gambar ni aku ambik waktu aku n ppb mkn jagung bakar kat tepi pantai area kuala ganu ni je..sambil mkn jagung bakar aku tgk2 kat langit kut2 nmpk anak bulan puasa..


tapi aku x nampak pun ank bulan permulaan puasa tu..apa pun..kepada semua sahabat n kenalan n sedara mara n umat islam sekalian..selamat menunaikan ibadat puasa..


Wednesday, August 12, 2009

Cuti Tanpa Gaji

Cam dh lama x buke blog ni..aku skg berada dlm tahap kebosanan color hijau..aku dh xleh tahan dah..rasa bosan dlm diri aku ni leh bw aku ketahap gilerrr...aku rs dh lm sgt aku berada di negeri tersebut..aku xleh xblik ke negeri kelahiran aku lebih dr sebulan..sb itu aku rs thap kebosanan aku mencapai tahap gilerr...aku telah meminta kepada bos aku yang aku perlu cuti..so die bg aku cuti..so aku akan blik kg bercuti tanpa laling aku..aku akan bercuti selama seminggu..tapi minggu berikutnya bos aku lak cuti..2 minggu..p umrah..aku nk cuci minda n pemikiran aku di kg aku yang penuh dgn kehijauan..sepeninggalan aku..maka blog ini akan sepi seketika..kesulitan tidak dapat dibendung..sekian..wasalam

Sunday, August 9, 2009

SabAr

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, "Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga."Riwayat Bukhari Huraian

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Posisi dalam ibadat solat beri kesan positif kepada kesihatan

KAJIAN saintifik fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) telah membongkar faktafakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta aktifkan otot lantai pelvik.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.

"Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Sains Solat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Seminar itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata pakar perubatan juga menasihatkan supaya pesakit jantung menjalankan senaman ringan selama 30 minit sehari namun tidak menyatakan bentuk senaman yang boleh dilakukan.

"Kami mendapati dengan mengamalkan solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturutturut boleh dijadikan senaman ringan itu," katanya.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.

Katanya, kajian ini telah dilakukan terhadap pesakit pinggang yang normal dan ibu mengandung serta di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.
Dalam kajian itu, mendapati posisi rukuk dan sujud boleh dijadikan terapi kerana dapat membuka ruang antara spina 'spina canal' yang akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf."Bagi kaum Cina dan India, mereka hanya melakonkan posisi sembahyang dalam sesi terapi yang kita buat. Dalam tempoh sebulan, mereka telah menunjukkan ada pemulihan berlaku," katanya.

Dalam kajian lain, Dr Fatimah turut mendapati solat juga dapat memberikan kesan positif kepada seseorang yang menghidap penyakit DE.
Sebelum ini, terdapat satu kajian mengenai senaman pengaktifan otot lantai pelvik yang boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah DE oleh penyelidik Van Kampen.

Dr Faridah berkata daripada kajian awal ini, terbukti bahawa postur semasa solat boleh memberikan kesan positif ke atas pesakit DE di mana pergerakan itu dapat mengaktifkan otot lantai pelvik."Kami telah menjalankan kajian ke atas dua pesakit DE dengan sesi terapi menunaikan solat selama satu bulan dan ia berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap pesakit," katanya.

Friday, August 7, 2009

Jalan-jalan cari cendol Leman Dawi


Ni la gerai cendol leman dawi yang masuk majalah 3 kat TV3 tu..sampi je kat gerai ni trus di sapa pkcik leman tu."masuk2..sila2..gula tambah percuma..santan tambah percuma..cendol tambah percuma..sedia terhidang diatas meja.."aku ngn azhar terterjah gerai ni sebenarnya..

aku minum cendol tu..xabis2..asyik tambah je..tamak la katakan..xleh dgr benda percuma..azhar pun sama..tamak jgk..cendol die not bad la..aku xabis pun..

kepada sesiapa yang belum p try lagi..leh la p try..leh mkn smpi pecah perut..just bayar RM 2.50 semangkuk xsilap aku la..n jika nk tambah xpyh byr dh..cedok je kat atas meja..dh sedia terhidang..

Rindu kat bebudak ni





rindu kat diorg ni sume..dh lm xgigit telinga diaorg..ank kak long n kak nyah..ank sendiri on d way..






Sunday, August 2, 2009

MooD SiakaP 3 RasA


Aku terasa mengidam nk mkn siakap 3 rasa pada mlm jumaat tersebut...+ lak aku teramat lah rindu sama laling aku sb seminggu xjumpe..busy je memanjang..so aku pun berbuat baik..n aku try goda2 die ajak mkn mlm kat luar..godaan aku berbaur ugutan berbunyi begini..' abg xnk pegi siap la...mlm ni mlm jumaat'...wawa..so laling aku tergoda lah dengan godaan aku tersebut..so die pun ajak la aku p mkn siakap 3 rasa-goreng hangus pedas biar lebih-kat D'TUNGGAL restoran...restoran masakan siames ni..(atas tu muke laling aku kene ugut)..kesian die..


kami pun tunggu la hampir 20 minit..laling aku minta siakap yang boleh dimakan n dihabiskan oleh dua makluk ALLAH SHJ..tetiba sampai je siakap atas meja kitaorang..'woo..besar nyeh..ni tok lima orang nih..'..laling ku bersuara..aku dah mula takut dah..aku tkt xabis..aku mkn bukan byk pun..n 1 ketakutan yng singgah adalah..aku xnk laling aku mkn smpi abish..nnt gemuk lagi la die..aku makin bmbang..PLZ..abg jgn makn abish k..biar ayang je mkn smpi abis..aku bg jaminan..
Laling aku add skali tomyam campur n omelet..aku kureng sket omelet tu..aku kureng suke telur2 ayam ni..so kiranya mknan yang di add tu adalah untuk laling aku abish kan..aku pesan ais carrot susu, laling ku lak ais laici..selepas sume dh smpi di perhidangan kami berdua bagai naik gile...waaa.mulut laling aku mula terbuke..aku pun tiru rentak laling ku..kami mkn dengan penuh kusyuk..biarla org sebelah nk kata pe pun..kami trus mkn..tetiba laling ku bersuara lagi...'ayg jgn minum air lg k..nnt xabis ikan ni..'..waaa aku nk menangis dh ni..knp aku xdibenarkan minum air..kejam laling ku..siakap 3 rasa ni pedas gile...aku trus mkn..curi2 minum air..baru aku igt..td aku telah berjanji aku yng akan mkn abish lauk2 ni..nyesal lak..

haha..rupe-rupenye..aku terpaksa benarkan laling aku tambah berat badan lagi..ermm..aku xdpt abish kan siakap tu..pedas woo..nasi pun aku mkn setengah je..setengah lg aku kasi laling aku..bak kata semua hidangan di atas laling aku abish kan..termasuk tomyam, omelet n air aku....'xpe la bang..mlm ni abg leh mkn kenyang2..sok2 ayang xpyh msk dh..cukup tok 3 ari ni dlm perut abg'..wawa..laling aku buat2 xdgr..geram tul..
So kami tamat mkn dlm kul 10.30 pm..kami trus blik umah..kenyang nyeh..Syukur dpt mkn mlm ni..