Monday, July 27, 2009
HarUs MemiLih KaWaN
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan,
“Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu!
Pilih la kawan yang tunjuk rasa kasih sebenar..yang sentiasa bersama kita bila susah..n bila senang xambik kesempatan pada diri kita..
PenaNda KubUrAn
Gambar ni waktu aku n mk tgh pilih bentuk2 tulisan tok ditulis atas batu nisan..ank sedara aku xbrani nk dok dkt2 die kata tkt..takut pe tahla..kat batu pun tkt..haha..aku sbnrnya tkt gk..seram gk..tp wat2 brani..so aku nk stop smpi sini sudah...masa dh time..mlm ni aku dok sorang2..tkt jgk cite pasal batu nisan ni..byeee
Sunday, July 26, 2009
BahAYa KriM PemUtih
Krim Pemutih-Awas Bahaya Merkuri
PEPATAH Cina ada mengatakan, `setitik tompokan putih dapat menutup tiga keburukan'. Mungkin, inilah yang menjadi pegangan sebahagian masyarakat
Kepada mereka, kulit yang cerah adalah definisi dan lambang kecantikan sebenar. Alasannya, hampir sebahagian besar lelaki di rantau ini mengutamakan wanita yang berkulit cerah.Malah, rata-rata masyarakat Asia mentakrifkan bahawa kulit yang cerah itu lambang kecantikan.Kegilaan untuk mencerahkan kulit ini menyebabkan produk pemutih kulit membanjiri pasaran
Baik di negara ini, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Jepun, produk pemutih kulit ini sebahagian daripada kosmetik yang menyumbangkan keuntungan berjuta-juta dolar.Malangnya, keghairahan memutihkan kulit ini juga tanpa disedari mengundang bencana kepada segelintir wanita.Di Hong Kong, dua tahun lalu, seorang wanita dimasukkan ke hospital dan 13 yang lain dirujuk kepada pakar selepas menggunakan sejenis krim pemutih.Krim tersebut dipercayai, mengandungi merkuri atau raksa antara 9,000 hingga 65,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan.
Kajian yang dilakukan oleh seorang profesor patalogi Universiti China di Hong Kong, Dr. Christoper Lam pada tahun 2000 amat mengejutkan.Menurut beliau, lapan produk pengeluar kosmetik global mengandungi merkuri melebihi tahap yang dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).Ini kerana, merkuri yang berlebihan boleh meninggalkan kesan pada sistem saraf dan buah pinggang.Selain itu, ia juga dikaitkan dengan masalah hilang penglihatan, pendengaran, tangan menggeletar dan perubahan personaliti.Pada masa yang sama, ia mengakibatkan rasa gelisah, sukar tidur serta hilang ingatan.
``Merkuri dalam apa juga keadaan, seharusnya tidak digunakan lebih-lebih lagi dalam kosmetik kerana ia merupakan sejenis bahan kimia beracun dan amat berbahaya pada kesihatan,'' kata Ketua Institut Kajian Ubat Semula jadi, Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam Selangor, Profesor Jean Frederic Faizal Weber.
Menurut Weber, penggunaan merkuri dalam kosmetik ini sebagai bahan awet, tanpa disedari boleh menjejaskan organ-organ penting tubuh seperti buah pinggang dan otak.Bergantung pada jenis dan jumlah dos merkuri, kerosakan pada organ-organ penting tubuh ini ada yang boleh dipulihkan dan ada yang mengalami kerosakan kekal.``Jika tahap keracunan ini terlalu tinggi, ia boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang,'' jelasnya.Weber menjelaskan, kerosakan pada otak juga bergantung pada jenis dan kuantiti merkuri yang diserap dalam tubuh.
Secara amnya, ia mengakibatkan ketidakseimbangan atau vertigo, sakit kepala, mood tidak stabil, hilang tumpuan dan gangguan ingatan.Kebiasaannya, bahan pemutih yang digunakan dalam kosmetik ialah hidrokuinon, kerana ia adalah selamat selagi ia digunakan pada dos yang disarankan.Bagaimanapun, menurut Weber, sekalipun, merkuri unsur kimia yang beracun, manusia masih memerlukannya untuk hidup. ``Sebetulnya, tubuh manusia memerlukan merkuri dalam dos yang terlalu kecil untuk tindak balas biologi yang digunakan oleh enzim tertentu,'' jelasnya.Ini kerana, kajian menunjukkan kekurangan merkuri dipercayai ada kaitannya dengan autisme.
Sesetengah individu yang didiagnos menghidap autisme, rambut mereka mempunyai paras merkuri yang terlalu rendah berbanding orang normal.``Ini bererti, kekurangan merkuri boleh mengganggu kesihatan tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menimbulkan ancaman,'' katanya.Secara umumnya, merkuri terdapat dalam persekitaran, iaitu merkuri sulfida, juga dikenali sebagai sinabar. Ia juga terdapat pada sesetengah bahan api.
Sejak abad ke-15 Sebelum Masihi, sinabar telah ditapis untuk mendapatkan merkuri yang terdapat di dalamnya. Bahayanya pada kesihatan juga telah diketahui sejak penaklukan Sepanyol oleh Rom. Keracunan merkuri yang tinggi dalam sinabar ini menyebabkan kerajaan Rom menjatuhkan hukuman ke atas penjenayah supaya bekerja di lombong merkuri. Mereka yang bekerja di sini hanya sempat hidup selama tiga tahun dan kemudian meninggal dunia.
Menurut Weber, walaupun pekatan merkuri dalam udara mungkin rendah, kerana serapan yang tinggi di tanah, penyerapan merkuri melalui sistem pernafasan adalah punca utama keracunan.``Sebagai contoh, termometer yang pecah perlu dibersihkan berhati-hati kerana titisan-titisan merkuri akan terwap di udara, disedut dan amat mudah diserap ke dalam tubuh,'' jelasnya.
Jelas beliau, aktiviti dan kegiatan manusia juga turut menyumbangkan peningkatanparas merkuri 10 kali ganda pada alam sekitar sejak lebih sekurun yang lalu.``Merkuri ada di mana-mana, biasanya ia tidaklah berada pada paras yang berbahaya. ``Pada piawaian sekarang, udara yang kita sedut adalah selamat,'' ujarnya.Mengulas kandungan merkuri dalam kosmetik, Weber menjelaskan ia dikaitkan dengan dua kemungkinan.Pertama, kedegilan pengeluar yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.Kedua, di sesetengah negara seperti di India atau China, bahan ini dianggap sebagai sebahagian komponen semula jadi yang digunakan dalam ubat-ubatan tradisional.
Sehubungan itu, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, Weber menasihatkan pengguna supaya membeli kosmetik daripada pengeluar yang dipercayai.``Ia lebih kepada soal sikap. Pengguna seharusnya membeli produk-produk ini dari sumber yang dipercayai. ``Elakkan membeli kosmetik di pasar malam, kerana ia tiada kawalan. Belilah produk yang kita tahu jenamanya dan tahap keselamatannya,'' ujarnya.Ini kerana ada kemungkinan, produk tersebut diseludup dan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Tambah Weber, pengguna boleh membeli kosmetik yang diketahui serba sedikit jenamanya, tetapi tidak semestinya mahal.Merkuri atau raksa merupakan satu-satunya logam berat berwarna putih keperakan dalam bentuk cecair dalam suhu bilik. Ia cukup berbahaya dan beracun. Ia yang terbahagi kepada beberapa bentuk, juga lebih dikenali dengan simbol kimianya Hg.Merkuri metalik boleh diperoleh dalam bentuk cecair logam yang berkilat, putih keperakan dan tanpa bau.Sebagai cecair ia digunakan sebagai termostat, termometer dan suis. Jika dipanaskan hingga suhu 357û Celsius, ia akan menjadi gas tanpa warna dan bau. Raksa akan bertukar menjadi pepejal pada suhu kurang 39û Celsius.
Ia terdapat secara semula jadi dalam bijih sinabar. Raksa sedia digunakan dengan memanaskan bijih sinabar di dalam udara. Logam ini digunakan di dalam termometer, tiub katod dan penyalut cermin.
Jenis-jenis merkuri:
- Unsur asli
- Sebatian tidak organik - merkuri klorida
- Sebatian merkuri organik - garam bukan organik.
A. Merkuri unsur asli:
Cecair merkuri dan mengeluarkan wap pada suhu bilik. Wap ini boleh dihidu, masuk ke paru-paru dan terus ke aliran darah. Ia juga boleh masuk melalui kulit.
Bagaimanapun, jika tertelan, ia tidak diserap dalam perut dan biasanya ia dikumuhkan dari tubuh.
B. Sebatian bukan organik:
Ia boleh dihidu dan diserap melalui paru-paru dan kulit. Sebatian jenis ini boleh diserap melalui perut jika tertelan. Kebanyakan sebatian jenis ini agak memedihkan jika terkena pada kulit, mata dan mukus membran.
C. Sebatian organik:
Ia boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga laluan utama, paru-paru, kulit dan perut.
Individu yang berisiko tinggi:
- Wanita hamil
- Janin
- Kanak-kanak.
Kesan akut keracunan merkuri:
Pendedahan pengwapan merkuri di udara yang terlalu banyak boleh mengakibatkan keracunan akut. Gejalanya termasuklah, batuk, ketat dada, sukar bernafas dan rengsa perut. Ia juga boleh mengakibatkan kematian.
Kesan kronik:
Pendedahan apa juga bentuk merkuri yang berulang-ulang boleh menimbulkan gejala seperti:
- Masalah gusi
- Perubahan mood dan mental
- Sistem saraf pusat.
Thursday, July 23, 2009
CenDaWaN
Kenduri Kahwin lagi
Wednesday, July 22, 2009
telenovela - lalola

Lalola..kisah lelaki yang disihir menjadi wanita..ni pun drama bersiri best gk..every monday-thursday..3.30pm to 4.30pm..aku pasti tgk..pas aku tgk drama indon upik abu n laura..aku trus sambung cite ni..tajuk lalola tu sbnrnya nama gurl atas tu..sebelum jd gurl nama die lalo..pas jadi gurl..nama jd lola..
sinetron - upik abu dan laura


ni lah actress2 remaja indon yang cun n sgt best ni..aku suke..yang pink tu cinta laura..cun sgt..kacukan owg putih..n yng biru tu oppie..
Tuesday, July 21, 2009
Pregnancy
to my good friends...mea yng sdg pretnen (dpt bb comel cm aku, cantik cm liz, cute cm shima, lawa cm leh..tau...) , liz yng sedang try very hard (jgn slalu sgt), soleh yng bakal alami (hang tau la nnt), lia yng xlama lg nk dpt bb girl...aku doa akan korang sume bahagia n happy..