Sunday, July 26, 2009

BahAYa KriM PemUtih

Krim Pemutih-Awas Bahaya Merkuri

PEPATAH Cina ada mengatakan, `setitik tompokan putih dapat menutup tiga keburukan'. Mungkin, inilah yang menjadi pegangan sebahagian masyarakat Asia. Wanita, terutamanya berlumba-lumba dan berusaha sedaya mungkin untuk menghilangkan warna asal pigmen kulit mereka.

Kepada mereka, kulit yang cerah adalah definisi dan lambang kecantikan sebenar. Alasannya, hampir sebahagian besar lelaki di rantau ini mengutamakan wanita yang berkulit cerah.Malah, rata-rata masyarakat Asia mentakrifkan bahawa kulit yang cerah itu lambang kecantikan.Kegilaan untuk mencerahkan kulit ini menyebabkan produk pemutih kulit membanjiri pasaran Asia sejak dua tahun lalu.

Baik di negara ini, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Jepun, produk pemutih kulit ini sebahagian daripada kosmetik yang menyumbangkan keuntungan berjuta-juta dolar.Malangnya, keghairahan memutihkan kulit ini juga tanpa disedari mengundang bencana kepada segelintir wanita.Di Hong Kong, dua tahun lalu, seorang wanita dimasukkan ke hospital dan 13 yang lain dirujuk kepada pakar selepas menggunakan sejenis krim pemutih.Krim tersebut dipercayai, mengandungi merkuri atau raksa antara 9,000 hingga 65,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan.

Kajian yang dilakukan oleh seorang profesor patalogi Universiti China di Hong Kong, Dr. Christoper Lam pada tahun 2000 amat mengejutkan.Menurut beliau, lapan produk pengeluar kosmetik global mengandungi merkuri melebihi tahap yang dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).Ini kerana, merkuri yang berlebihan boleh meninggalkan kesan pada sistem saraf dan buah pinggang.Selain itu, ia juga dikaitkan dengan masalah hilang penglihatan, pendengaran, tangan menggeletar dan perubahan personaliti.Pada masa yang sama, ia mengakibatkan rasa gelisah, sukar tidur serta hilang ingatan.

``Merkuri dalam apa juga keadaan, seharusnya tidak digunakan lebih-lebih lagi dalam kosmetik kerana ia merupakan sejenis bahan kimia beracun dan amat berbahaya pada kesihatan,'' kata Ketua Institut Kajian Ubat Semula jadi, Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam Selangor, Profesor Jean Frederic Faizal Weber.

Menurut Weber, penggunaan merkuri dalam kosmetik ini sebagai bahan awet, tanpa disedari boleh menjejaskan organ-organ penting tubuh seperti buah pinggang dan otak.Bergantung pada jenis dan jumlah dos merkuri, kerosakan pada organ-organ penting tubuh ini ada yang boleh dipulihkan dan ada yang mengalami kerosakan kekal.``Jika tahap keracunan ini terlalu tinggi, ia boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang,'' jelasnya.Weber menjelaskan, kerosakan pada otak juga bergantung pada jenis dan kuantiti merkuri yang diserap dalam tubuh.

Secara amnya, ia mengakibatkan ketidakseimbangan atau vertigo, sakit kepala, mood tidak stabil, hilang tumpuan dan gangguan ingatan.Kebiasaannya, bahan pemutih yang digunakan dalam kosmetik ialah hidrokuinon, kerana ia adalah selamat selagi ia digunakan pada dos yang disarankan.Bagaimanapun, menurut Weber, sekalipun, merkuri unsur kimia yang beracun, manusia masih memerlukannya untuk hidup. ``Sebetulnya, tubuh manusia memerlukan merkuri dalam dos yang terlalu kecil untuk tindak balas biologi yang digunakan oleh enzim tertentu,'' jelasnya.Ini kerana, kajian menunjukkan kekurangan merkuri dipercayai ada kaitannya dengan autisme.

Sesetengah individu yang didiagnos menghidap autisme, rambut mereka mempunyai paras merkuri yang terlalu rendah berbanding orang normal.``Ini bererti, kekurangan merkuri boleh mengganggu kesihatan tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menimbulkan ancaman,'' katanya.Secara umumnya, merkuri terdapat dalam persekitaran, iaitu merkuri sulfida, juga dikenali sebagai sinabar. Ia juga terdapat pada sesetengah bahan api.

Sejak abad ke-15 Sebelum Masihi, sinabar telah ditapis untuk mendapatkan merkuri yang terdapat di dalamnya. Bahayanya pada kesihatan juga telah diketahui sejak penaklukan Sepanyol oleh Rom. Keracunan merkuri yang tinggi dalam sinabar ini menyebabkan kerajaan Rom menjatuhkan hukuman ke atas penjenayah supaya bekerja di lombong merkuri. Mereka yang bekerja di sini hanya sempat hidup selama tiga tahun dan kemudian meninggal dunia.

Menurut Weber, walaupun pekatan merkuri dalam udara mungkin rendah, kerana serapan yang tinggi di tanah, penyerapan merkuri melalui sistem pernafasan adalah punca utama keracunan.``Sebagai contoh, termometer yang pecah perlu dibersihkan berhati-hati kerana titisan-titisan merkuri akan terwap di udara, disedut dan amat mudah diserap ke dalam tubuh,'' jelasnya.

Jelas beliau, aktiviti dan kegiatan manusia juga turut menyumbangkan peningkatanparas merkuri 10 kali ganda pada alam sekitar sejak lebih sekurun yang lalu.``Merkuri ada di mana-mana, biasanya ia tidaklah berada pada paras yang berbahaya. ``Pada piawaian sekarang, udara yang kita sedut adalah selamat,'' ujarnya.Mengulas kandungan merkuri dalam kosmetik, Weber menjelaskan ia dikaitkan dengan dua kemungkinan.Pertama, kedegilan pengeluar yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.Kedua, di sesetengah negara seperti di India atau China, bahan ini dianggap sebagai sebahagian komponen semula jadi yang digunakan dalam ubat-ubatan tradisional.

Sehubungan itu, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, Weber menasihatkan pengguna supaya membeli kosmetik daripada pengeluar yang dipercayai.``Ia lebih kepada soal sikap. Pengguna seharusnya membeli produk-produk ini dari sumber yang dipercayai. ``Elakkan membeli kosmetik di pasar malam, kerana ia tiada kawalan. Belilah produk yang kita tahu jenamanya dan tahap keselamatannya,'' ujarnya.Ini kerana ada kemungkinan, produk tersebut diseludup dan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Tambah Weber, pengguna boleh membeli kosmetik yang diketahui serba sedikit jenamanya, tetapi tidak semestinya mahal.Merkuri atau raksa merupakan satu-satunya logam berat berwarna putih keperakan dalam bentuk cecair dalam suhu bilik. Ia cukup berbahaya dan beracun. Ia yang terbahagi kepada beberapa bentuk, juga lebih dikenali dengan simbol kimianya Hg.Merkuri metalik boleh diperoleh dalam bentuk cecair logam yang berkilat, putih keperakan dan tanpa bau.Sebagai cecair ia digunakan sebagai termostat, termometer dan suis. Jika dipanaskan hingga suhu 357û Celsius, ia akan menjadi gas tanpa warna dan bau. Raksa akan bertukar menjadi pepejal pada suhu kurang 39û Celsius.

Ia terdapat secara semula jadi dalam bijih sinabar. Raksa sedia digunakan dengan memanaskan bijih sinabar di dalam udara. Logam ini digunakan di dalam termometer, tiub katod dan penyalut cermin.

Jenis-jenis merkuri:
- Unsur asli

- Sebatian tidak organik - merkuri klorida

- Sebatian merkuri organik - garam bukan organik.

A. Merkuri unsur asli:
Cecair merkuri dan mengeluarkan wap pada suhu bilik. Wap ini boleh dihidu, masuk ke paru-paru dan terus ke aliran darah. Ia juga boleh masuk melalui kulit.

Bagaimanapun, jika tertelan, ia tidak diserap dalam perut dan biasanya ia dikumuhkan dari tubuh.

B. Sebatian bukan organik:
Ia boleh dihidu dan diserap melalui paru-paru dan kulit. Sebatian jenis ini boleh diserap melalui perut jika tertelan. Kebanyakan sebatian jenis ini agak memedihkan jika terkena pada kulit, mata dan mukus membran.

C. Sebatian organik:
Ia boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga laluan utama, paru-paru, kulit dan perut.

Individu yang berisiko tinggi:
- Wanita hamil

- Janin

- Kanak-kanak.

Kesan akut keracunan merkuri:
Pendedahan pengwapan merkuri di udara yang terlalu banyak boleh mengakibatkan keracunan akut. Gejalanya termasuklah, batuk, ketat dada, sukar bernafas dan rengsa perut. Ia juga boleh mengakibatkan kematian.

Kesan kronik:
Pendedahan apa juga bentuk merkuri yang berulang-ulang boleh menimbulkan gejala seperti:

- Masalah gusi

- Perubahan mood dan mental

- Sistem saraf pusat.

*** Moral of the story- bersyukur lah dengan apa yang telah di kurniakan oleh ALLAH kepada kita..Setiap yang dicipta olehnya adalah yang terbaik untuk umat-umatnya..***

2 comments:

  1. woit! aku pakai st. st ok kan? xde bahan t'larang/hidroquinon kan? kan3???

    ReplyDelete
  2. areleez
    ST ok..xde senarai yang terlarang..selamat lg berkesan

    ReplyDelete